Saturday, July 28, 2012

MASJID SHEIKH ZAYED, ABU DHABI

Assalamualaikum warahmatullah, ramadan kareem !!! 
Alhamdulillah, dalam kesibukan terbang ke sana sini, saya berkesempatan untuk menunaikan sholat taraweeh di Masjid Sheikh Zayed Al Nahyan, Grand Mosque of Abu Dhabi. Saya rasa bertuah sangat kerana semasa sholat di situ, imam sembahyang taraweeh adalah Sheikh Misary Al Afasy. Patut la ramai sungguh orang datang berpusu pusu pada hari itu. Beliau terkenal kerana bacaannya yang sungguh sedap dan sayu didengar.  Makmum menangis semasa beliau membaca surah surah semasa sholat adalah biasa, lebih lebih lagi semasa mendengar bacaan doa qunut semasa sholat witir. Doa nya lebih panjang dari bacaan surah dalam rakaat.
Ini adalah gambar gambar yang sempat saya ambil semasa berada di sana pada 5 ramadhan yang lepas.















1 comment:

Anonymous said...

salam. wah.. terharunya hati tengok gambar2 masjid ni...cantik... terima kasih kerana sudi kongsi bersama..