Wednesday, August 7, 2013

RAMADAN KAREEM...

Dah nak habis pun Ramadhan, tak puas rasanya berpuasa dan bertawarikh, kerana tugas yang tak mengizinkan boleh berpuasa setiap hari dan bertarawikh disepanjang Ramadhan. Kebetulan banyak penerbangan di bulan puasa tahun ini yang kena buat menghala ke Barat, bermakna tempoh berpuasa lebih panjang, ada yang sampai 22 jam kalau di kira dari pada tempat masa berlepas dan sehingga waktu berbuka di destinasi. Semasa di dalam penerbangan, tugas juruterbang untuk menentukan waktu imsak atau waktu berbuka. Terima kasih kepada application untuk iphone seperti Muslim Pilot atau SuninFlight.






Selamat menjamu selera di paras 40000 kaki dari paras laut. Memang terbukti, application yang digunakan ini sangatlah tepat..  
Selamat Hari Raya.

1 comment:

Anonymous said...

Selamat Hari raya Capt!