Bekas Naib Canselor UPM Profesor Radin Umar meninggal dunia
13 OCT 2013 02:20PM
SERDANG – Bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Datuk Prof Radin Umar Radin Sohadi, 53, meninggal dunia di Hospital Serdang hari ini.
Menurut anaknya, Mundzir, 27, Allahyarham bapanya yang pernah menjalani pembedahan hati sebelum ini, meninggal dunia akibat kegagalan fungsi hati pukul 4.15 pagi.
Beliau berkata Allahyarham pernah menerima rawatan berkaitan kanser beberapa kali di Hospital Kuala Lumpur serta Hospital Selayang sejak 2010, dan dibawa pulang ke rumahnya di Taman Asa Jaya, Kajang, dari Hospital Serdang beberapa minggu lepas.
Allahyarham yang dilantik menjadi ketua pengarah Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang pertama pada 2007 meletak jawatan sebagai naib canselor UPM Disember lepas akibat masalah kesihatan.
Allahyarham juga pernah menerima anugerah ‘The Prince Michael International Road Safety Award’ sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan inovasi beliau dalam kemajuan jalan raya pada 2005.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid UPM sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran masjid itu pada pukul 11 pagi.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima anak. – Bernama
3 comments:
Al fatihah. .Allah lebih menyayangi beliau.. semoga semua amal beliau dalam bidang keselamatan jalanraya akan terus menjadi jariah yang berterusan. Aku berasa sangat kehilangan seorang yang cukup aku kagumi..emel terakhir beliau akan terus tersimpan menjadi kenangan selamanya...selamat beristirahat di sisi Penciptamu Dato...alfatihah..
Al Fatihah. Ternyata tuhan lebih menyayanginya. Jasanya sangat besar, pergi untuk selama lamanya di usia yg masih muda.
My bed next to him in the dorm, sitting infront of him in the classroom..
True sir. Semangat OPism dalam diri arwah sangat kuat. Ada my batchmate yang arwah tolong now berjaya dekat UPM. Al-Fatihah.
Post a Comment