Thursday, June 25, 2009

DUBLIN part 2
















.

DUBLIN

Agak lama juga tidak update update blog ini kerana telah bercuti selama sebulan. Menghabiskan masa dengan membuat kerja kerja DIY rumah , projek yang telah siap ialah pintu pagar kayu, pergola dan gazebo. Mungkin diposting akan datang akan saya update dengan gambar gambar projek tersebut.




Sekarang saya berada di Dublin, sejuk dan nyaman udara disini, penuh dengan kehijauan, tak banyak bangunan bangunan pencakar langit, kebanyakan adalah bangunan bangunan lama. Berada disini selama 35 jam dan akan berangkat semula ke Abu Dhabi esuk.












Ini ada lah software terbaru untuk pesawat Airbus, garisan hijau yang dilalui oleh gambar pesawat itu menunjukkan jalan yang akan di lalui. warna biru menunjukkan permukaan air warna hitam, tanah rata dan warna hijau menunjukkan tanah tinggi. Lapangan terbang Dublin adalah yang betanda EIDW. Kapalterbang akan terbang mengikut garisan hijau itu untuk mendarat.






















Ini adalah gambar sebenar yang di paparkan oleh instument yang di atas. Kelihatan air laut, dan Dublin di sebelah kiri, mngikut peta yang dipaparkan. Tidak berapa jelas kerana masih awal pagi, 0720 am


















Plan view sekitar Dublin. Lebih kurang Kedah jer,sebab banyak hijau dan petak petak tanaman yang nampak macam tanaman padi.





























Mendarat di landasan 10 di lapangan terbang Dublin