Wednesday, March 13, 2013

COUNTER INSURGENCY


Bila dengar dan fahami kes Sulu di Sabah ni, teringat pulak zaman Kominis dulu. Bukan senang nak menghapuskan mereka , banyak jiwa terkorban dari pehak tentera dan polis. Mereka bergiat dari pedalaman hutan hutan tebal dan bebas keluar masuk negara melalui sempadan yang tak terkawal. Akhirnya Tun Mahathir terpaksalah menggunakan kaedah win win situation untuk menarik kominis kominis itu keluar dari hutan dan menyerah diri. Kaedah apa yang di gunakan, itu kena cari sendiri. Tapi salah satu cara yang agak berkesan juga adalah melalui Latihan Bersama AIR THAMAL antara Tentera Udara dari Malaysia dan Thailand, dimana bom bom digugurkan dikawasan kawasan penempatan musuh untuk memudahkah pasukan dari tentera darat untuk menggempur kem kem mereka.




Ini lah jenis pesawat yang kami gunakan untuk misi misi tersebut, Aermacchi MB339A yang di beli dari Itali. Dalam gambar ini pesawat dilengkapi dengan bom jenis MK82 500lb dan juga canon 30mm.




Di dalam menangani kes pengganas Sulu ni, kaedah yang sama mungkin boleh digunakan, iaitu kerjasama antara Tentera Filippina dan Malaysia. Tetapi kali ini Tentera Laut lah yang sepatutnya digunakan kerana pengganas Sulu ini menggunakan jalan laut untuk keluar masuk ke Sabah. TLDM kita memang sudah mempunyai Marine Corp atau PASKAL laut, untuk mengawasi persisiran pantai, mengkhadkan pergerakan pengganas dan Tentera darat seperti biasa boleh mengepung dan menyerbu mereka.
Masalah yang paling besar adalah terdapatnya orang orang awam yang sudah lama bermastautin di Sabah yang menjadi tali barut mereka. Masalah yang sama dihadapi semasa memerangi Kominis dahulu. Jadi, mungkin kaedah win win situation yang di buat olih Tun Mahathir dahulu boleh di ulang semula ? Yang semestinya mesti banyak pehak yang tak akan berpuas hati.. Kita tunggu sahaja lah apa tindakan yang selanjutnya..
My first few landing during the night were using Goose neck runway lighting, look like a big Aladdin's lamp, using kerosene.. After that, the runways lighting powered by electricity with standby generator as the back up, powering the hight intensity lights. And now, LED is being used, still on trial. My landing at Manchester Airport this morning, and as you can see, even though already bright day, the lights still clearly visible..