Thursday, February 23, 2017

BANJUL,GAMBIA

Late entry. This event was somewhere in Sept 2015 during the Chartered Flight Ops by AAX for Flynas.

One of the exotic destination that we went was Banjul, the capital city of Gambia. This city is located at the river mouth of Gambia River, where the the river enter the Atlantic Ocean. Not a big city with the population around 38,000 covering the area of 12 square km.


We were accommodated at a holiday resort by the beach of Atlantic Ocean. Very scenic view and good location, away from the city.

Enjoying the free breakfast provided.


Resort under the baobab tree


Baobab tree.


The Atlantic.




Sunday, February 19, 2017

HAJI 2015, BACKPACKERS..


Dalam masa kami bertugas mengangkut jemah jemaah haji dari benua Afrika ke Tanah Suci Madinah dan Makkah, kami dapat cuti selama 6 hari di antara hari wukuf di Arafah sehinggalah selesai ibadah yang terakhir iaitu dari 8 Dzulhijjah sehingga 13 Dzulhijjah. Pada masa itu, kami sudah pun bergerak balik menetap di Jeddah setelah habis tugas fasa pertama iaitu membawa jemaah masuk ke Madinah. Kelapangn masa yang 6 hari itu kami gunakan untuk masuk ke Kota Makkah untuk menjalankan ibadah haji. Kami tidak mempunyai visa haji atau umrah, jadi kami mengerjakan haji dengan cara persendirian, backpacking atau masuk cara 'haram'. Ikutilah pengembaraan kami melalui blog ini.



Perjalanan kami bermula selepas maghrib pada 8 Dzulhijjah, bersamaan 22 Sept 2015. Kami bertolak dari tempat tinggal kami di ODST Hotel, Jeddah dalam 3 kumpulan, seramai 7 orang dalam satu kumpulan yang terdiri dari pilots, cabin crew dan engineer. Salah seorang dari kami, Capt Subuh pernah melakukan ibadah haji dengan cara ini sebelumnya jadi dia tahu selok belok dan orang yang patut dihubungi untuk urusan kenderaan . Saya dan 3 orang lagi sudah pernah manjalankan ibadah haji full package jadi tidak lah jadi masalah walaupun kami tiada mutawif.



7 orang menggunakan kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota V8, 4 orang duduk di belakang di tempat barang, tanpa seat tempat duduk, hanya duduk di atas lapik dan bagasi yang kami bawa. 3 orang lagi dapat duduk di seat belakang. Di bahagian depan hanyalah driver seorang sahaja kerana dia tak nak orang nampak ada penumpang didalam kereta dia.


Driver kami adalah seorang Arab tempatan suku Badwi yang kerja sepenuh masa sebagai petani dan gembala unta. Kami di kenakan bayaran sebanyak 600 riyal seorang untuk upah dia menyeludup kami masuk ke Makkah. Dia membawa kami melalui jalan di padang pasir dalam suasana malam yang semakin gelap. Tiada jalan khas, hanya mengikut cita rasa driver kami sahaja yang sememangnya pakar tetapi jalan yang diikuti tidak lah seselesa jalan biasa, beberapa kali kami yang duduk dibelakang terlambung kerana jalan yang berlubang , berliku dan berbukit bukau. Ada kala kena mengelak dari terlanggar unta unta liar. Bayangkan, kami semua dalam pakaian ihram, sememangnya tidak selesa.


Setelah hampir 4 jam, jauh masuk kedalam pedalaman untuk mengelak 6 check points dari Jeddah ke Makkah, driver menurunkan kami kira kira 500 meter dari satu pekan kecil di luar Makkah. Apabila hampir dengan pusat menurunkan jemaah 'haram' ini, kami dapati ada banyak lagi kenderaan kenderaan lain yang berulang alik, membawa jemaah yang serupa seperti kami, dan kami dapati rupanya setiap musim haji, tak kurang dari 400,000 orang yang masuk buat haji tanpa visa. Agaknya kerajaan Arab Saudi tahu tentang kegiatan ini tetapi menutup sebelah mata kerana kami masuk untuk menunaikan ibadah haji, bukan ada niat jahat.
Kami turun dari kenderaan pacuan 4 roda itu didalam kegelapan malam dan berjalan di atas padang pasir yang berbatu dan semak kecil sehingga ke jalan besar dimana sudah sedia menunggu teksi teksi dan van yang nak membawa jemaah 'haram' ini ke Masjidil Haram. Kami menaiki van beserta yang lain lain dengan bayaran 30 riyal seorang ( setelah tawar menawar dari 50 riyal ) dan selamat sampai ke Masjidil Haram pada jam 1 pagi. Kami solat Isha berjemaah, dan saya sendiri menjadi Imam, agaknya boleh lah di kategorikan sebagai orang Melayu pertama yang di lantik menjadi imam solat di dalam Masjidil Haram.. haha..


Setelah selesai solat Isha, kami membuat tawaf Qudum dan kemudiannya terus membuat Sa'i haji. Oh ya, kami semua membuat Haji Ifrad kerana tidak membuat umrah semasa dalam haji itu.

Setelah selesai Sa'i haji dan solat subuh, kami bersarapan dahulu sebelum mencari kenderaan untuk membawa kami ke Arafah Kami dapat sebuat van yang sanggup membawa kami ke Arafah dengan bayaran yang saya lupa berapa banyak, tetapi perjalanan lancar dan kami sampai ke padang Arafah dalam jam 9 pagi, pada 9 Dzulhijjah. 

Matahari sudah mula memancar dan terasa panasnya walau pun masih di awal pagi lagi. Van tidak boleh masuk terus ke dalam kawasan wuquf , kami terpaksa berjalan dalam lingkungan 2 km. Sepanjang perjalanan, ramai orang yang membahagikan makanan dan minuman dan amatlah bersesuaian dengan kami yang datang hanya dengan cara backpacking ini.



Setelah beberapa minit mencari, akhirnya kami dapat satu tempat yang sesuai untuk berlabuh untuk wukuf dan berehat, di celah celah khemah orang pakistan, tidak jauh dari khemah dari Kuwait yang nampak mewah dengan khemah yang siap dengan perabut dan aircond.
Yang best nya time makan, memang mewah, ramai yang bersedekah, siap bawak periuk besar nasi briani. Disebabkan kami duduk hampir dengan khemah Kuwait itu, dapat lah juga kami makan grilled seafood dan berbagai buah buahan dan air minuman.











Capt Zaiful,FO Imran, Capt Futra, Myself, Capt Zaaba,Capt Husein

Setelah selesai wuquf, kami mula bergerak ke Muzalifah selepas menunaikan solat Maghrib. Tidak mengikut sunnah kerana manusia terlalu ramai, kami tiada kenderaan khas dan hanya boleh bergerak selepas keadaan di Arafah lapang sedikit. Itu pun, lebih kurang pukul sepuluh malam baru kami dapat naik bas yang sanggup mengukit saki baki jemaah di Arafah. Oh yer, semasa di Arafah, satu kumpulan telah terpisah tetapi kami dapat berkumpul semula sebelum menaiki bas ke Muzalifah.



Sampai di Muzalifah, kami tiada khemah, hanya bentang tikar di atas tempat parking kereta dan menunaikan solat Isha di situ. Kami tidur di atas tikar yang kami bentang itu dengan nyaman nya sehingga terdengar bunyi dengkor sahut sahutan.. hahaha. Apabila azan waktu subuh berkumandang, kami sudah siap sedia dengan wuduk kerana kami telah selesai ke bilik air dan berwuduk sebelum oang ramai yang lain bangun untuk mengelak dari berebut dan menunggu lama. Selesai solat subuh, kami pun mula bergerak mencari kenderaan untuk membawa kami ke Mina untuk melontar.
Kami dapat naik satu lori 1 tonner yang telah diubah suai untuk membawa manusia, siap berlapik dengan karpet. Beberapa hari lepas tu baru kami perassan bahawa lori yang sama itu pada asalnya adalah untuk membawa kambing, tetapi elah diubah suai dalam musim haji.... Alhamdulillah kami dapat juga sampai ke bawah bukit di Mina dan berjalan kaki lebih kurang 2 km untuk sampai ke tempat melontar. memang tiada kenderaan pun yang ada di situ melainkan kenderaan petugas khas dan VVIP sahaja. 



Matahri mula naik semasa kami mula berjalan ke tempat melontar, padi pagi 10 Dzulhijjah. Kami terus naik ke laluan di tingkat 4 untuk mengelakkan orang ramai yang telah memenuhi ruang di tingkat 2 dan 3. Kami tak pasti samada tingkat 1 dibuka atau tidak. Semasa kami tiba di Jamratul Aqabah, tidak ramai jemaah di situ jadi kami boleh melontar dengan tenang dan santai dengan batu batu yang kami kutip semasa di Muzalifah.


Capt Subuh is at the middle, infront is Capt Dato Norashikin and SFA Nurul

Selesai melontar Jamratul Aqabah pada 10 Dzulhijjah, kami berjalan turun menuju ke pekan Aziziah yang tak jauh dari situ untuk bersarapan dan juga mencari rumah ustaz yang telah berjanji untuk menumpangkan kami semasa di Makkah. Sepanjang perjalanan turun, ada antara kami yang bertahlul dari ihram haji. Setelah lebih kurang 2 jam selepas melontar kami jumpa rumah ustaz Hafiz, tempat kami menumpang, maka berkampung lah kami di situ seramai 21 orang dari warga Airasia X. Rumah ustaz tersebut telah di wartakan berada dalam daerah Mina jadinya kami dapatlah menetap di Mina.

Capt Futra, Capt Husein Onn, Capt Zaiful and myself

Pada 11 Dzulhijjah, selepas solat subuh di masjid berdekatan, sebahagian dari kami terus pergi ke Jamrah untuk melontar. Selesai melontar ketiga tiga jamrah,  kami berjalan kaki ke Masjidil Haram mengikut terowong untuk membuat tawaf Ifadhah. Setelah selesai, kami kembali semula ke rumah ustaz Hafiz untuk berehat. dan solat Jumaat di masjid Aziziah. Tidak banyak activiti yang kami lakukan selain dari melakukan ibadah persendirian . 


Pada 12 Dzulhijjah, selepas solat subuh, sekali lagi kami ke Jamrah untuk melontar ke tiga tiga Jamrah. Saya dan sebahagian dari kami telah berniat untuk Nafar Awal. Selesai melontar, kami kembali ke rumah tumpangan kami untuk berehat dan bergerak ke Masjidil Haram untuk solat Zuhur disana dan terus membuat tawaf Widak. Selapas itu , kami kembali ke hotel penginapan kami di Jeddah. Perjalanan pulang mengikut jalan biasa kerana selepas haji, tiada lagi pemeriksaan di check points.




Ini lah kami warga Airasia X yang sempat menjalankan ibadah haji semasa bertugas di Jeddah dan Madinah sepanjang musim haji 2015,1436. Alhamdulillah, syukur ya Allah kerana memudahkan urusan kami. 







Kami sempat melihat acara menukar kiswah, kelambu kaabah semasa kami di Makkah.