Friday, April 18, 2014

PINGAT PJM

Dua hari lepas dapat email dari sahabat lama , satu intake atau skod yang mengatakan saya layak untuk mendapat Pingat Jasa Malaysia, untuk veteran ATM yang pernah berkhidmat dan terlibat dalam operasi menentang Parti Kominis Malaya. Maka dengan gigih saya pun mencari buku biru, Pengakuan Perkhidmatan untuk dibuat salinan supaya dapat dikepilkan bersama dengan borang pendaftaran PJM.









Thursday, April 17, 2014

AIR DEFENCE PILOT

Kehilangan pesawat B777 semasa membuat penerbangan dari KLIA ke Beijing, MH370 memang banyak meninbulkan bermacam macam theory dan andaian. Persoalan yang paling utama ialah kenapa TUDM tidak menghantar pesawat pemintas untuk memintas pesawat B777 itu sebaik sahaja menyedari yang pesawat itu telah membuat Turn Back, menghala ke Barat , lebih kurang 180 darjah dari laluan asal. Bermacam macam jawapan yang telah diutarakan, dan saya tidak akan mengeruhkan keadaan dengan membuat theory dan andaian saya sendiri. Cukup lah saya menceritakan apakah tugas tugas sebagai seorang Air Defence Pilot.


Dalam Air Defence kita sama juga dengan negara negara lain, ada Readiness Condition Green, Amber and Red. Apabila Red enforced, pesawat akan disiap segera berhampiran dengan runway untuk memudahkan berlepas dalam jangka masa paling singkat. Kalau readiness Alert 15, pesawat telah siap diperiksa, di isi minyak dan lengkap dengan persenjataan, juruterbang menunggu di dalam bilik rehat. Apabila mendapat scramble order, juruterbang akan bergegas ke pesawat masing masing, menghidupkan engines dan bergerak ke landasan untuk berlepas, dan ini semua mengambil masa kurang dari 15 minit.


Sekiranya memerlukan persediaan yang lebih pantas, Air Defence akan menggunakan Alert 2, juruterbang akan bersiap sedia , duduk di dalam cockpit menunggu scramble order dari Air Defence Centre. Bila scramble order dilancarkan, dengan segera mereka akan menghidupkan engines dan terus bergerak kelandasan dengan mengambil masa selama 2 minit sahaja untuk berlepas. Air Defence Controller akan mengarahkan kepada juruterbang hala yang perlu dituju dan juga ketinggian untuk sampai ke tempat yang di tuju dengan seberapa segera, untuk memintas pesawat musuh.




Monday, April 14, 2014

WAYPOINT IGARI

On ground, before departure, setting up the routing into the Flight Management Computer. This was the route that I flew to Taipei on the 13 Apr evening.


In flight, this is how it look in the computer.



And the Navigation Display, approaching waypoint IGARI at 39000 feet.


As a back up and monitoring, I have an Ipad with preloaded navigation application to show my present location.



So this is the infamous waypoint IGARI where the MH370 reported disappeared from the radar and ended somewhere at the Indian Ocean.