Friday, August 13, 2010

Ramadan Kareem !!!

Selamat berpuasa dan beramal ibadat du bulan yang mulia ini, semoga diberkati Allah ke atas apa jua amalan yang di buat. Hari pertama, saya dapat berpuasa bersama sama dengan keluarga di Malaysia tetapi tak berpeluang untuk berbuka bersama kerana terpaksa berangkat ke Abu Dhabi pada petangnya , hanya sempat berbuka di KLIA.

Hari kedua, memandangkan akan membuat penerbangan ke Chicago, menghala ke Barat, maka tidah dapat la nak berpuasa. Jika berpuasa juga, waktu imsak sekitar 0400 di Abu Dhabi, dan waktu berbuka sekitar 2000 di Chigaco. Penerbangan mengambil masa 14 jam, berlepas dari Abu Dhabi jam 1100 dan mendarat di Chicago jam 1600, waktu tempatan. Perbezaan waktu antara Abu Dhabi dan Chicago adalah 9 jam. Ini bermakna, setelah berpuasa selama 7 jam sebelum berlepas, 14 jam dalam flight dan menunggu lagi waktu berbuka selama 4 jam lagi di destinasi, jumlah waktu berpuasa adalah 25 jam !!

Saya masih ingat lagi pesanan dari Dato Dr Harun Din di salah satu ceramahnya yg saya hadir, katanya tuhan dah bagi kita kelonggaran, dah bagi kemudahan, jadi jangan la kita sombong tak mahu terima kemudahan yang dah diberikan. Jadi bermakna pada hari kedua saya dah tak berpuasa. Hari ini, semasa saya menulis ini, sedang berada di Chicago lagi ,bangun sahur pukul 4 pagi tadi dengan kebab yg dah sejuk yang saya beli sebelum tidor malam, insyaAllah akan terus berpuasa kerana akan berlepas balik ke Abu Dhabi pada 2030,iaitu selepas waktu berbuka.

Hari ke 4, akan berada dalam kapalterbang sepanjang hari, dan akan berbuka sebelum mendarat kerana terbang menghala ke timur.

Thursday, August 5, 2010

Scramble Egg

My favourite breakfast, the scamble egg and the toast. Been missing
nasi lemak and roti canai banjir since 2007. But it is okay, feel
healthier now. This breakfast was taken at 40000 feet above Istanbul
on the way to Europe.



The new diamond first class seat. just trying it out. Feel like
sleeping in a hotel room up in the air.