Monday, May 9, 2011

BILA PENUMPANG SAKIT TENAT SEMASA DIDALAM PENERBANGAN


Sering kali juga terjadi penumpang sakit tenat ,seperti kena serangan sakit jantung, hypertension, sakit perut dan macam2 lagi. Captain bertanggungjawab sepenuhnya terhadap nyawa dan keselamatan penumpang. Sekiranya terjadi perkara2 begini, pertama sekali pilot akan menghubungi doctor dengan menggunakan satellite phone yang terdapat di dalam cockpit. Sebelum itu , cabin crew akan mendapatkan butir butir penuh penumpang dan juga tekanan darah dan pulse rate. Ada alat khas untuk mendapatkan bacaan tersebut dan cabin crew sudah di latih untuk menggunakan alat tersebut. Doctor yang dihubungi adalah dari rangkaian MedLink yang beroperasi keseluruh dunia. Di bawah ini adalah Display Unit untuk menghubungi MedLink, apabila online, akan bercakap terus dengan doktor untuk tindakan selanjutnya ke atas penumpang yang sakit.







Di dalam cockpit pesawat, terdapat berbagai bagai ubat untuk di makan, sapu atau injection, mengikut arahan doktor secara online. Setiap ubat ada label untuk senang mencari ubat yang mana harus digunakan.


Sekiranya penumpang sangat tenat atau memerlukan bantuan doktor secepat mungkin, pilot akan menghubungi syarikat penerbangan dan akan mendarat di lapangan terbang yang berhampiran.