Friday, December 11, 2009

CASABLANCA

Nama terlebih indah dari rupa. Mula mula dengar nama Casablanca, sebuah bandar di Morocco cukup exotic. Sampai ada filem bertajuk CASABLANCA. Saya tak pernah tengok lagi pun cerita tu. Morocco, sebuah negara yang paling utara di Benua Afrika, pernah dijajah oleh Spain, France dan British, sebab itulah penduduknya boleh bertutur berbagai bahasa, bahasa utama adalah Arab dan kedua French.



Mula mula sampai, nak masuk sikit punya susah sebab kena stamp passport walau pun kita orang menggunakan crew lane, still kena beratur celah celah penumpang yang lain yang tak peduli menggunakan crew lane sesuka hati dia orang. Jadi sebagai Captain, terpaksalah saya pergi berjumpa pegawai immigration dia orang minta priority, tu gunanya pakai kot dengan empat bar yang berkilat di lengan... Pada keseluruhannya, bandar ini tiada yang menarik , cuma sedikit bersih dari Mumbai atau Delhi. Berbeza dengan Maraketh, satu lagi bandar yang terkenal di Morocco yang sememangnya cantik dan menarik.



Casablanca dari udara







Waktu pagi di Bandar Casablanca, masih lagi sunyi, tak banyak kenderaan, mungkin sudah ramai yang bercuti kerana pada masa ini adalah sehari sebelum Aidul Adha.



















Lagi pemandangan di Casablanca, berhampiran dengan Central market.




































Ini adalah pemandangan di dalam kawasan Central Market. Ada banyak lorong lorong dan kedai kedai yang menjual berbagai bagai seperti pakaian, barang barang kulit, electronic, perhiasan dan macam macam lagi. Yang meluatnya ada ramai peminta sedekah yang melekat macam lintah selagi tak dapat habuannya.


































Sempat masuk kedalam kedai ini untuk membeli set tagine, konon kononnya nak masak sendiri nanti kat rumah. Satu set harganya kira kira RM20.






























Makanan tradisional Morocco, Tagine. Yang ini saya order room service di pagi raya Aidil Adha. Sedap juga tagine ayam ni, walaupun tak sesedap rondang ayam kampung yang pedas.

No comments: