Kapalterbang ada laluan dia yg tertentu dan tak boleh ubah2 sesuka hati. Lagi pun minyak cukup2 jer untuk route tu, kalau terbang menghadap ke destinasi lain semata mata nak sembahyang menghadap kiblat, mau mati enjin kerana kehabisan minyak. Dalam pesawat ada entertainment system, boleh tukar channel ke map mode dan boleh tengok arah kiblat dari situ.
Dah settle yg itu, dia orang berkeras juga nak sembahyang berjemaah, masalahnya mana ada tempat. Siap dgn azan lagi dalam kapalterbang so penumpang2 mat salleh semua panic la, tau tau jer la kan bila dengar laungan Allah hu Akhbar dia org dah sinonim dgn letupkan diri sendiri dan sebagainya. Kena la explain kat mat salleh2 yg paranoid tu. So jalan mudah, I switched on seat belt sign, dan semua kena duduk kat tempat masing2, walau pun cuaca sangat baik dalam smooth flight.. Dia orang ni menunjukkan macam la Islam tu rigid sangat, padahal banyak flexibility nya dalam mengerjakan sembahyang.
Perjalanan balik, tengah malam dari dari Casablanca ke Abu Dhabi, 6 jam lebih jer sebab this time angin tolong tolak dari belakang. Tengah sedap2 tidor , controlled rest ok , dalam cockpit, dibenarkan bila dah ngantok sangat asalkan sorang jer yg tidor, tiba2 berbunyai fire alarm..
Rupanya smoke detector sudah detect ada asap dari dalam toilet kat belakang sekali, economy class. Cabin crew buka dari luar, dapat tangkap 2 minah morocco tengah hisap rokok dalam toilet tu.. punya la bengang. Apa nak buat, bagi verbal warning jer la... dah tak tahan sangat la tu.
macam macam hal... nak tidor dulu, bayar balik hutang tidor.
6 comments:
what a hectic flight capt oii, haha. dah biasa ke macam ni?
kesian bila tengok mat salleh punya perception kat kita. teruk sangat. kadang-kadang sebab orang macam ni lah
mah aihh geng2 pakistan tuh.....
islam itu ugama yg memudahkan umatnya..bole jamak,bole qasar dan bole diqada sembahyangnya..betul tak capt?
Itu la, Islam ni mudah, tuhan dah anugerahkan jamak dan qasar, gunakan la sepenuhnya. kadang2 nampak susah sangat tu yang buat nonmuslaim tawar hati dgn Islam.
Dalam kapalterbang kalau tak boleh berdiri, sembahyang duduk pun tak apa. Saya pernah di tegur oleh seorang pak syekh arab kerana sembahyang macam biasa dalam plane, katanya you can pray in your seat, dont have to get up..
Huhu lawak betul..
Post a Comment