Wednesday, March 9, 2011

NOSEWHEEL STEERING





Mungkin ramai yang mempunyai persoalan di dalam kepala, macam mana kapalterbang mengubah haluan semasa bergerak di atas taxiway atau landasan sebelum dan selepas terbang? Macam mana kapalterbang nak parking?









Kapalterbang kecil seperti Cessna 172 atau piper yang sering digunakan oleh pelatih pelatih selalunya menggunakan differential braking, dengan cara menekan brek untuk mengubah arah. contohnya kalau nak membelok kekanan, mereka akan tekan brek sebelah kanan sahaja, kalau kekiri, sebaliknya lah. Kapalterbang yang besar, boleh juga menggunakan kaedah itu tetapi kurang efektif dan kena support dengan differential power, iaitu dgn menambah power sebelah enjin sambil menekan brek sebelah yang hendah dituju.









Kapalterbang yang besar besar menggunakan kuasa hydraulic untuk steer the nosewheel. Ini dinamakan nosewheel steering atau dipanggil TILLER . Fungsinya sama lah macam steering kereta, cuma steering nya tak la sebesar steering kereta. Tiller ini pun bukan link direct ke nosewheel. Tiller ni apabila digunakan akan memberi signal kepada hydraulic servo, which in turn akan menggerakkan nosewheel ke kiri atau kekanan mengikut input dari tiller. Kiranya macam powered steering lah. Semasa kapalterbang bergerak perlahan, pilot akan menggunakan tiller ini untuk steer kekiri atau kekanan tetapi apabila kelajuan pesawat meningkat, contohnya semasa takeoff, nosewheel control akan diambil alih oleh rudder yang mana pilot akan menggunakan rudder pedal pula untuk mengawal haluan sehingga la pesawat berlepas ke udara.






Tiller on the Airbus 340-500. Dah boring sangat ,sambil minum kopi, took this picture.










1 comment:

H o'SHoPPe said...

thanx for the info captain.