Thursday, June 21, 2012

HANDPHONE IN FLIGHT



Siapa kata handphone tak boleh guna semasa dalam flight  ? Well, masa berubah, teknologi bertambah. Gambar ni masa saya terbang dari Abu Dhabi ke London pagi tadi, sambil terbang pada paras 36000 kaki, boleh lagi ber SMS dengan isteri yg berada di Malaysia. Saya guna samsung yang boleh letak 2 SIM, satu Celcom Malaysia dan satu lagi Etisalat UAE, dua dua dapat signal full bar. Bukan itu sahaja, kalau nak log on ke internet pun boleh dengan onboard wifi. Ada alat khas, berupa antena yang boleh menerima signal dari satelit. Untuk keselamatan, fungsi ini hanya dibenarkan bila ketinggian sudah mencapai atas 20000 kaki, dan apabila turun semula, di bawah paras 20000 kaki, alat ini akan disable secara automatik. Tapi semasa berlepas dan mendarat , anda semua masih lagi diperlukan mematikan telefon bimbit dan juga alat alat elektronik yang lain..







2 comments:

boonlertpratchai said...

terjawap sudah TQ capt...

ashburn said...

sama sama boonlertpratchai